Tuesday, October 28, 2008

Pemantauan KAA Kelantan


Saya (dua dari kanan), Us Zulkifli Din (duduk tiga dari kanan) dan Us Hj. Mat Yasin (duduk kanan) bersama barisan pentadbir SMK Bukit Jawa, Pasir Putih, KelantanPada 6 hingga 7 Oktober 2008 saya bersama Ustaz Zulkifli Din dengan diiringi Tuan Haji Mat Yasin Che Yusoff telah membuat pemantauan ke 9 buah sekolah menengah harian biasa yang ada Kelas Aliran Agama (KAA) dia negeri Kelantan. Kedatangan kami disambut mesra oleh Us. Azlisham Ibrahim (SPI Kelantan) dan Us. Hj. Mat Yasin Che Yusoff dan sepanjang berada di sini kami dilayan begitu baik oleh mereka. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Selama 3 hari berada di sini, kami sempat membuat pemantauan ke 9 buah sekolah KAA sekitar Tumpat, Pasir Putih, Pasir Mas dan Tanah Merah. Pelbagai dapatan kami perolehi dari kesemua sekolah yang dipantau dan pihak pentadbir sekolah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang kami berada di lokasi pemantauan. Teguran yang membina diberikan kepada pentadbir sekolah demi mempertingkatkan prestasi pencapaian pelajar KAA di masa hadapan.

Pemantauan KAA di Melaka


Melaka adalah negeri kedua saya lawati untuk Pemantauan KAA. Saya berada di sana selama 2 hari bermula 16 Oktober hingga 17 Oktober 2008. Pemantauan saya di sini adalah di persekitaran Daerah Alor Gajah dan Masjid Tanah. Kali ini saya bersendirian mewakili BPI dalam membuat pemantauan dengan diiringi oleh Ustaz Shamsudin dari PPD Alor Gajah. Antara sekolah yang dilawati untuk pemantauan KAA ialah SMK Dato' Haji Talib Karim, SMK Dato' Dol Said, SMK Sultan Alauddin dan SMK Lubok Cina. Terima kasih saya ucapkan kepada sekolah yang terlibat kerana memberi sambutan yang baik dalam pemantauan yang dibuat dan dapat menerima teguran dan cadangan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Us. Shamsudin yang tidak jemu mengiringi saya dalam pemantauan ini dari awal hingga akhir. Semoga semua sekolah KAA di Malaysia sentiasa mencapai sasaran cemerlang setanding dengan sekolah lain di aliran perdana pendidikan.

Tuesday, October 21, 2008

Pemantauan KAA di Pulau Tuba

Ketika di Pulau Tuba, dari kiri : Us Jamaludin, Us Rushdan, Us Dziauddin, Us Jamal dan Saya


Assalamualaikum- Alhamdulillah, hari ini saya dan rakan-rakan dari JPN Kedah dan PPD Langkawi berkesempatan untuk turun memantau di SMK Langkawi, Pulau Tuba. Kedudukan sekolah ini agak terpencil dari Bandaraya Pelancongan tetapi penuh dengan ketenangan dan keharmonian. Pemantauan berjalan lancar dan mendapat kerjasama penuh daripada pihak pentadbir. Jamuan tengahari yang amat menyelerakan dengan hidangan ketam dan udang segar pasti akan meninggalkan kenangan manis saya di pulau ini.Terima kasih kepada warga Pulau Tuba khususnya SMK Langkawi dan SK Lubuk Chempedak.

Assalamualaikum!

Assalamualaikum Pembuka Bicara. Untuk tatapan semua pembaca. KAA Ke Arah Kecemerlangan. Sama-sama titipkan idea dan bicara demi generasi tercinta.