Wednesday, November 26, 2008

Taklimat Khas Halatuju Kelas Aliran Agama (KAA) Sekolah-sekolah Daerah Kulim Bandar Baru Ambilan 2009





Pada 25 November 2009 saya berkesempatan menyampaikan taklimat ringkas bertemakan "Halatuju KAA di Masa Hadapan" kepada waris pelajar-pelajar KAA Daerah Kulim Bandar Baru, di SK Taman Jelutong, Kulim, Kedah. Kehadiran saya kemari atas jemputan PPD Kulim Bandar Baru, dan saya diiringi oleh Ustaz Rushdan (JPN Kedah) dan Ustaz Abd. Mutalib (PPD KBB). Pada tarikh ini PPD KBB telah menjalankan ujian kepada pelajar lepasan UPSR 2008 yang memenuhi syarat kemasukan ke KAA sekitar Kulim Bandar Baru. Sambutan yang ditunjukkan oleh waris KAA begitu menggalakkan sehingga ketika saya menyampaikan taklimat berkaitan KAA di dewan sekolah, ramai ibubapa yang sanggup menunggu dan berdiri di luar dewan untuk mendengar bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan KAA. Selepas mendengar taklimat KAA, ramai waris KAA datang kepada saya mengucapkan terima kasih atas penjelasan berkenaan KAA yang sebelum ini amat kabur pada pemahaman mereka.

Syabas kepada PPD BBK kerana berjaya menyusun atur program ini sehingga matlamat saya untuk memberi pemahaman jelas berkenaan KAA kepada pengetahuan umum khususnya ibu bapa pelajar KAA tercapai.....

2 comments:

Anonymous said...

berkaliber rupanya umi amrah!!!teruskan usaha umi dan semoga umi sentiasa dalam lindungan dan redha ALLAH SWT...amin!!!^^

NURILMA DALILA said...

program macam ni perlu diadakan selalu